Hari ini aku menyahut cabaran - the Kellog's Special K 2-week challenge.
KL Today!
Taqwim Hijrah
Selamat Datang
I Follow....
Labels
- adik bijak (1)
- anak (1)
- balik kampung (4)
- basikal (1)
- ben10 (1)
- chef wan (1)
- exora (2)
- family (2)
- halal (2)
- home (1)
- ibu (1)
- infosihat (1)
- jalan-jalan (6)
- jerebu oh jerebu (1)
- kabinet baru 2009 (1)
- life (1)
- Micheal Jackson (1)
- office (1)
- permulaa (1)
- puasa (1)
- remedies (1)
- resepi (2)
- sakit (2)
- selsema (1)
- suk (1)
- tazkirah (2)
- trafik (1)
- Yasmin Ahmad (2)
Live Traffic
Followers
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu? '
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'
Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.
Renung-renungkan dan selamat beramal..
Lama dah update blog ni....huhuhu ini gara2 terlebih raya lah ni....
Insya Allah akan aktif kembali jika keadaan mengizinkan... banyak juga yg nak di blog kan ni..tapi takde masa..tak sempat.
Saya...penyimpan mohor besar raja-raja, setelah diperkenan kan oleh.........dengan ini mengisytiharkan...esok raya!!!
Happy, gembira, teruja sama je bila nak sambut raya ni.
Untuk itu dipersembahkan lagu raya dr Senario...nyanyi sama2
Hari raya semua bagai nak gila
Bila puasa buat-buatlah lupa
Berpakaian semua harus sepadan
Tapi puasa tak cukup sebulan
Berpuasa rukun Islam ketiga
Wajib kita untuk menunaikannya
Tidak kira usia tua dan muda
Miskin dan kaya semua serupa
Anak-anak gembira bila syawal menjelma
Lebih hebat ibu dan bapanya
Berhabis tak berkira asal nampak bergaya
Walau hutangnya panjang berjela
Habis raya semua mula bekerja
Poket kosong baru ingat nak puasa
Kawan semua buat tak tahu saja
Nak pinjam duit teringat hutang lama
Ini kisah jadi tauladan
Biar kita buat sempadan
Banyak-banyakkan amalan
Duit habis dalam simpanan
Cakap banyak nanti ku tangan
Tak baik, kesian
Kita harus kuatkan iman
Hidup ini banyak dugaan
Memang tidak dinafikan
Dari itu kita elakkan
Di bulan Ramadan memang tak tahan
Jangan ikut perangai syaitan
Raya-raya juga..tapi jgn la sampai terlebih2..berpadalah
Di kesempatan in kami sekeluarga (Amin, Ashlina, Raziq & Irfan) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua saudara mara, sahabat handai, rakan taulan...semuanya lah. Maaf Zahir dan Batin andai ada salah dan silap, terkasar bahasa dan sebagainya.
Hari Raya nanti jangan lupa jemputlah datang ke rumah...walau tiada open house..tapi pintu rumah kami sentiasa terbuka.
Ini bukan roti dgn jem punya cerita...
Sejak masuk bulan puasa ni keadaan jalan raya bertambah sesak setiap kali nak balik. Walaupun dibenarkan balik awal pukul 4 or 4.30, tetapi seolah tiada maknanya..kerana tersangkut dalam jam...lagi dahsyat dari hari biasa. Semua nak balik awal punya hal la ni...last2 sangkut dlm jem ..buka dlm kereta. Stress, letih, kdg2 hilang sabar gak.. semua ade. Bulan puasa ni memang menguji.. KL ke Klang terasa jauhnye...
Nampak gayanye kalau berterusan camni..terpaksa la berbuka kat luar je. Kena cari la buffet2 yg menarik...restoren..hotel..tak le stress sgt kan? Stress kat duit je la... tapi takpe la asal hati gumbira. Boleh ke?
Last weekend kami sekeluarga balik ke BP (Batu Pahat)..ade cuti 3 hari termasuk 31/8 so boleh la balik kampung. Tak le letih sgt nak travel..ade masa rest kat kampung.
Sempat juga pergi ke Air Hitam cari brg hiasan utk raya nanti..: )
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52 buat semua rakyat Malaysia 31hb Ogos ini.
Merdeka ! Merdeka!
Dah lama tak update....busy la katakan
Dan sedar tak sedar bulan puasa datang lagi, bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan. So sesiapa yang mampu tu wajiblah berpuasa....
Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
Doa Ketika Berbuka Puasa:
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini dari kami sekeluarga..buat semua.
Alhamdulillah...semalam telah berlangsung majlis bacaan dan tahlil khusus buat arwah di opis aku. Dihadiri oleh staf LB dan staf client serta kelurga terdekat
Kehadiran ahli keluarga arwah, Mak Inom, Pak Atan, Datin Orked dan Datuk Dr Zakaria (Dr Z)serta ahli keluarga yg lain turut menjayakan majlis tersebut.
Majlis secara sederhana ini turut diselitkan dan tazkirah oleh sorang ustaz yang turut dijemput untuk mengetuai majlis.
Aku sempat juga berbicara dgn Dr Z, aku bgtau la dia pernah operate Izz Raziq dulu masa kena Hernia. Orangnya sempoi je, tak sombong, malah dia lagi banyak tanya kat aku...mostly pasal kerja la..ttg LB.
Krew / wartawan TV3 juga dtg buat liputan. Sempat juga mereka menanyakan sesuatu kepada Mak Inom dan Pak Atan. Mungkin ada siarannya dlm Majalah 3 malam sabtu nanti. Yang pastinya Majalah 3 buat tribute selama sejam tentang arwah Yasmin.
10.30 majlis pun selesai setelah semua tetamu yg hadir balik. Tapi aku juga yg tak selesai, biasalah orang kuat la katakan..nak kena kemas segala macam meja dan kerusi.
Raziq & Irfan tido rumah wan/acik..nak balik pun dah lewat sangat. Sampai rumah dalam 11.30 mlm...
Sekian
Tiada apa yang berlaku sangat sepanjang minggu lepas, cuma last week our family balik kampung, di Parit Sulong.
Mak abah ade buat tahlil & doa buat arwah kedua2 atuk dan nenek, serta arwah ayah mertua aku. Alhamdulillah semuanye berlangsung dengan baik.
Majlis tersebut dibuat selepas maghrib memandangkan terdapat sebuah lagi rumah yg mengadakan majlis yg sama selepas Isyak.
Menu yg keluarga kami buat, biasa2 aje..standard kat kampung je..ade ayam goreng berempah, sambal udang, umbut kelapa masak lemak, sambal goreng. Ulam-ulaman dgn sambal belacan juga disediakan. Tiada menu nasi Ambeng. Rasanya dah makin pupus tradisi tu, orang2 kampung pun dah jarang buat. Kalau dulu time ade kenduri je mesti ade nasi Ambeng.
Ahad petang keesokannya kami balik semula ke Klang..Isnin dah nak kerja.
Alamak! Seorang staff from our sister company dah kena jangkitan! Their office closed for 1 week! We all are at the same building plak tu..Kalau staff opis aku kena sure tutup gak ni..arahan Kementerian Kesihatan. Hoorey hehehe..harap2 takde la sampai kena camtu.
So starting from today we all are encouraged to take precautionary measure such as wearing mask, wash hands frequently, avoid sharing personal care items, etc... dah macam arwah MJ plak pakai mask ni...
Cam sedap je...yang..nanti kita try la ye..
2 keping daging ayam fillet (dipotong kecil)
2 s/besar sos “worcestershire”
1 s/besar minyak masak3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)300 gm cendawan butang (dihiris nipis)
3 s/besar sos tomato2 cawan susu segar (rendah lemak)
2 s/kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
½ s/kecil garam
½ s/kecil lada sulah1 cawan air
Kaedahnya..(ayat yg Chef Wan selalu guna) :
1. Perapkan ayam dengan sos worcestershire selama 1 atau 2 jam atau lebih.
2. Panaskan minyak, goreng bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau selama 4 minit, tambahkan cendawan, sos tomato, lobak merah, garam dan lada sulah, kacau rata.
4. Tambahkan susu dan tepung jagung.
5. Perlahankan api dan angkat apabila sudah pekat.
Oh tidak! Sesak nafas...kabur pandangan...lemas dibuatnya..bertambah berjerebu kepalaku
Mengikut definisi jerebu yang aku baca. Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ni mungkin berasal semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikeI-partikel ini wujud berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Dari mana datangnya jerebu ni...Indonesia..Filipina?
Jerebu wujud akibat daripada;
Pembakaran secara terbuka
Asap dari kilang
Asap dari kenderaan
Sejak beberapa hari yang lepas aku perasan yang jerebu di kawasan tempat aku bermastautin semakin menjadi-jadi...ku sangkakan kabus pagi..rupa-rupanya jerebu.
Jika diikut pandangan mata ini yang agak rabun dan bercermin mata, aku anggarkan dalam 300-500 meter saja jarak penglihatan sewaktu memandu ke tempat kerja melalui KESAS. Terutamanya sehingga ke susur keluar ke Jalan Kebun.
Yang pastinya di tepi Lebuhraya KESAS dari Klang ke Jln Kebun dan Johan Setia, memang wujud pembakaran secara terbuka dan ditambah dengan kondisi muka bumi yang liputi tanah gambut yang mudah terbakar. Bukan kali ini saja ianya berlaku malah ditahun2 sebelumnya pun begitu juga.
Yang tak pastinya, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mencegahnya kerana situasi sama tetap berlaku terutama bila musim panas yang berpanjangan. Diharap penduduk kampung yang terbabit dengan pembakaran terbuka ini lebih prihatin dengan masalah ini. Jangan lah mementingkan diri semata-mata tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain.
Berikut ni adalah kesan2 dan langkah2 yang boleh diambil berkenaan dengan jerebu..
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
1. Kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang mengalami penyakit
• asma • bronkitis • radang paru-paru • penyakit paru-paru yang kronik • jantung • alahan
4. Perokok
5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Tanda Dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan :
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
- Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
- Terasa sakit dada.
- Mereka yang mengalami penyakit penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- Mereka yang didalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
- Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
- Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
- Kurangkan aktiviti sukan diluar rumah.
- Orang ramal dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
- Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
- Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100)
- Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
So kengkawan, saudara-mara, ambillah langkah2 yang sewajarnya untuk ketika menghadapi musim panas yang berjerebu ini..
Tiada jerebu..hidup sihat..hidup bahagia
Selamat Hari Lahir buat isteriku yang tercinta....
I love You so much sayang...
Awas gambar ada unusr2 kelucahan yg tak berapa melampau..tgk dgn minda yg terbuka .."eee malu la..." kata razig, si abg...
Dah lama tak berkesempatan untuk update blog ni. Banyak sangat kerja nak kena buat dalam beberapa minggu ni. Lagipun aku baru dapat bos baru. So tak banyak masa nak update blog even waktu rehat.
So untuk melegakan ketegangan itu, Sabtu lepas, aku dan isteri pergi la jalan-2 kat area Subang Jaya & USJ. Beli hadiah untuk anak-anak kengkawan yang akan dtg ke rumah next week. Ada birthday party! Sambil2 tu beli gak mainan untuk anak2 aku tu. Kang jeles plak.
Dah penat meronda and selesai shopping kitorang terasa nak mkn, tapi mkn dimana ye? Wife aku gi google la bila kami teringat satu tempat makan kat USJ yg ade murtabak Singapore dlm JJCM tempohari. Akhirnya jumpa, Restoran Victory namanye. Time tu dah kul 4 ptg pun, kira minum & makan petang la ni. Restoren ni kat area... Taipan USJ tak silap. Tak jauh dr The Summit.
Masa sampai tu pelanggan kira cam takde lg...maybe dah selesai lunch time la kut, kira ptg tu kami berdua la 1st customer yg datang. Apalagi pun duduk la ikut sukahati..coz meja mana2 kosongkan.
Dah duduk kitorg pun order la..murtabak kambing, ayam, sup tulang merah, air bandung soda & nescafe ais.
Nilah buktinya:
sebelum
sesudah...wp bkn taste kita..tapi abis gak hehe..
aku tak berapa pasti..nape dibagi timun with sos ni...makan dgn murtabak...x jamah pun
Sekian..JJCM kali ini
Tadi masa tgh google some info terjumpa website ni http://www.aikopitiam.com/, tapi rasanya pernah ku lihat ini kedai..owh maybe aku pernah terlihat satu banner iklan yg menyatakan, ayatnya lebih kurang begini.."ayam kami disembelih oleh En Aris" kalau tak silap. Agak kelakar bunyinye bila first time baca. Rupanya kedai ini lah...ingatkan just another kedai yang mengatakan kedai diorang halal just kerana tak serve babi and arak. Tapi koptiam yang ni ada Halal Certificate from IFRC.
Selamat Hari Ibu
Rasa lama pula tak post cerita kat sini.
Last week merupakan minggu yang agak memenatkan bagi kami sekeluarga.
28 & 29/4 kami ke Kuantan untuk Konvo @ POLISAS adik isteriku.
Sempat la juga merasa masakan kat tempat favourite kat Kuantan tu..kat mana lagi kalau bukan Tanjung Lumpur. memang puashati la makan kat gerai Ana Ikan Bakar Petai tu. Ikan, sotong, udang dan lala menjadi hidangan kami. Malam tu memang crowded, rasanya kebanyakkan orang luar macam kami juga la kut. Aku kekenyangan, terima kasih buat Yati yg belanja makan malam tu.
Lepas makan kami skeluarga lepak2 ambil angin kat Teluk Chempedak...memang menyamankan suasana kat pantai tu...walaupun dipenuhi oleh ramai manusia laki dan perempuan...mostly couple la.
The next day, before balik Klang, kami (isteriku) sempat singgah membeli belah di beberapa tempat untuk membeli keropok lekor, sata dan otak2 buat buah tangan. Kami beli kat kedai Pak Soh, Tanjung Lumpur. Kami juga tapaw hasilan laut lain spt ikan masin, sotong, di sebuah kedai lain dipinggir Bandar Kuantan.
Cuaca 2 hari tu boleh dikatakan agak panas sehingga mencecah 34 darjah Celsius la agaknya. Terutama on the way balik melalui LPT, terasa bahangnya. On the way pergi balik tu kami singgah kat R&R Temerloh. Merasa jugak la Ikan Patin masak tempoyak, erm sepotong dlm RM7, semua kedai sama kecuali Patin Buah RM12. Apapun sedap..kenalah dgn tekak aku ni.
Kami selamat sampai petang tu juga.
30/4 Aku kerja macam biasa...byk plak report nak kena buat, tapi sempat gak le submit E-Filing 2008 aku walaupun line agak slow, biasalah semua org buat last minute submission hehe. Tapi tanggungjawab aku berjaya diselesaikan. Esok Public Holiday!
1 Mei aku balik kampung plak kat Parit Sulong...drive lagi. Tapi coz aku dah lama tak balik, aku gagahkan jua. Nasib baik tak jem sgt kat Nilai ke Seremban tu. Just slow skit. Faham semua nak balik kampung.
Sabtu malam Ahad tu aku pergi kenduri potong jambul kawan aku Ajam. Biasalah kalau kat kampung aku kalau dah sembelih kambing alamat makan beryani kambing la jawabnya. Dah lama tak pekena ni. Aku makan satu pinggan je, tapi tambah 2 kali hehe...Beryani org kampung memang best! Cuma yang tak bestnye pagi2 buta lagi aku dah ke toilet 3 kali..perut memulas je..pastu Ahad pagi tu terus aku demam...aduh, nak bangun pun tak larat, semua sendi2 lemah je... Kolestrol naik kut, wife aku kata byk sgt makan kambing. Nasib baik la de wife, boleh bermanja2 time sakit ni.
Lepas makan bebarapa jenis ubat aku OK sikit, petang tu aku gagah diri mengatakan aku dah OK banyak, wp pagi tadi nak bangun pun tak larat. Nak kena balik Klang la, esok nak kerja. Aku boleh MC tapi wife aku kena kerja. Nak suruh dia drive...erm memang tak konpiden langsung...bawa keta tu pun tak pernah. Agaknya kalau aku pengsan tengah jalan camne la agaknya ye..: ). Dan dengan kudrat yg ada aku akhirnya sampai juga ke rumah walaupun jalan sesak teruk dari exit Pedas/Linggi sampai la ke R&R Seremban dan perut aku masih memulas sekali sekala...ku tahan jua.
Actually dah lama juga aku tak balik kampung ni, rindu la juga. Tiap kali nak balik ada je alasan yang menghalang... itu la ini la. Tak pe la, InsyAllah awal bulan 5 ni aku balik la.
Esok lusa opis aku tutup, ada company trip to Bali. Tapi aku tak ikut hua hua hua...sedihnya. Aku tak ikut atas sebab2 yang tak dapt dielakkan. Tapi takpe la sebelum ni aku dah ikut trip ke Bali sebelumnya. Nak sedapkan hati..: (
Teringat satu sambal yg mak aku di kampung (kat batu Pahat) suka buat, aku tak ingat namanya ape entah..so aku letak je la nama kata title tu...Orang jawa pandai buat ni. Selalunya mak aku buat untuk dimakan dgn ubi rebus, atau lempeng buat sarapan...pedas memang pedas tapi terangkat
6. If you have a bad cough, take a large dose of laxatives. Then you will be afraid to cough.
You only need two tools: WD-40 and Duct Tape. If it doesn't move and should, use the WD-40. If it shouldn't move and does, use the duct tape.
Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang walaupun banyak masalah hidup Oleh Mohd Adid Ab Rahman Inilah gambaran orang beriman, yakin percaya kepada Allah dan menginsafi diri tidak lebih sebagai seorang hamba sangat lemah yang selama ini menerima nikmat Allah tidak terhitung banyaknya. Padahal hakikat zikir kepada Allah sebenarnya tidak tertentu kepada zikir lisan semata-mata seperti mana ditegaskan Al-Imam An-Nawawi, bahawa zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, takbir dan lain-lain zikir lisan, mereka yang bekerja kerana Allah juga orang yang berzikir kepada Allah. 
ORANG dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu giat berusaha sepanjang langkah usianya untuk bertaqarub kepada Allah kerana didorong rasa cinta mendalam terhadap-Nya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang itu sentiasa rindu pada-Nya.
Ibarat seorang anak muda sedang mabuk asmara, selalu terkenang-kenang si buah hatinya. Orang yang beriman, ingatannya tetap bergetar tulus kepada-Nya tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.
Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: "Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?"
Hal ini menepati firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)
Kebanyakan masyarakat faham zikir hanya kata-kata yang dilafazkan saban kali habis menunaikan solat fardu, solat sunat atau membisik doa ketika ingin makan, memulakan sesuatu kerja yang baik, terjaga dan tidur serta bersin.
Pendapat beliau disokong Basri Ibrahim Al-Azhari dalam bukunya Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir, bahawa setiap orang yang taat kepada Allah, mengikut segala diperintahkan dan meninggalkan dilarang oleh-Nya dikira sebagai orang yang berzikir.
Zikir terbahagi kepada tiga bahagian iaitu zikir hati, lidah dan anggota. Zikir hati memikirkan keagungan dan kebesaran Allah di bumi, langit dan seluruh kejadian makhluk-Nya. Zikir lidah pula melantunkan puji-puji kepada Allah, mensyukuri nikmat kurniaan-Nya, menyeru masyarakat ke arah ajaran Islam, menerangkan kebaikan syarak, menjelaskan hikmah pada perintah dan larangan Allah, memberi nasihat kepada sesama Islam.
Sementara zikir anggota pula menggunakan anggota badan untuk melakukan amalan ketaatan, sama ada dalam bentuk melakukan segala suruhan atau meninggalkan segala larangan Allah.
Sumber : BHarian 2009/04/10























