life, family, etc @ nashizz.blogspot

nashizz's blog for cerita-cerita, jalan-jalan, makan-makan, main-main, apa-apa, suka-suka, saja-saja

Begitulah diumpamakan nasib aku, disebalik kegembiraan kami menyembut kelhiran Arissa, aku dikejutkan dengan sesuatu yg tak terduga.
10hb June, juga hari ulangtahun kelahiran isteriku, aku terkedu bila kereta yang aku letakkan ditempat letak kereta di Stesen Komuter Klang telah hilang!
Kereta yang aku pakai tak sampai 3 tahun telah tiada ditempat yang sepatutnya. Ketika itu aku baru balik dari kerja menaiki komuter. Melilau aku mencarinya, tapi tak kelihatan, aku tekan alarm kereta tak berbunyi, sah memang kena curi.
Malam tu juga aku buat report polis. Entahlah apa nasib kereta aku sehingga kini tiada beritanya.
Kenapalah kereta aku yang tak seberapa tu dicurinya, kereta lain yg lebih mahal park kat situ tak dicurinya. Memang takdir aku. Ujian untuk aku.
Susahnya nak ke tempat kerja bila takde transport sendiri ni. Kereta tu saja lah yang aku ada untuk dibawa kesana sini. Hai nasib badan.

BJQ6214, tinggal kenangan.

Alhamdulillah, tanggal 20hb Mei (Khamis) yang lalu, jam 2.50 pagi, lahirlah puteri kami yang pertama setelah dikurniakan 2 putera sebelum ini. Kami namakan puteri kami ini Nuha Arissa.

Hari ini genap hari ke 22 Nuha Arissa lahir kedunia fana ini. Sebagaimana harapan semua ibu bapa, kami mengharapkan Nuha Arissa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan menjadi anak yang solehah suatu masa nanti. Apapun terpulang kepada kami kerana kami jua yang akan mencorakkannya nanti.

Semoga kehadiran Nuha Arissa akan menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga.

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker