life, family, etc @ nashizz.blogspot

nashizz's blog for cerita-cerita, jalan-jalan, makan-makan, main-main, apa-apa, suka-suka, saja-saja

Tadi masa tgh google some info terjumpa website ni http://www.aikopitiam.com/, tapi rasanya pernah ku lihat ini kedai..owh maybe aku pernah terlihat satu banner iklan yg menyatakan, ayatnya lebih kurang begini.."ayam kami disembelih oleh En Aris" kalau tak silap. Agak kelakar bunyinye bila first time baca. Rupanya kedai ini lah...ingatkan just another kedai yang mengatakan kedai diorang halal just kerana tak serve babi and arak. Tapi koptiam yang ni ada Halal Certificate from IFRC.








Ada dua outlet kat Taman Klang Jaya (yg ni pernah ku lihat) and Bukit Tinggi. Maybe next time kalau terasa nak mencuba boleh gak pekena kat sini..




















Ini antara specialties koptiam Ai ni.

teka siapa ni?

Irfan kat opis abah main2 kat atas meja snooker..

Irfan makan kat kedai nasi kandar Yasin, dekat Chow Kit

Raziq & Irfan 1st time naik komuter

Raziq - ade potensi jadi cameraman ni

Selamat Hari Ibu


Buat semua ibu-ibu yang aku kenali..terutamanya mak aku, Pn Hanimah Suradi di Parit Sulong. Ibu mertua aku, Pn Ruby Aishah dan tak lupa ibu kepada anak-anak aku Pn Ashlina (isteri aku).

Jasa kalian dalam membesar dan mendidik anak-anak tak terhitung. Biarpun dibalas anak2 tak mampu menyamai apa yang telah ibu-ibu lakukan selama ini. 

Sesungguhnya anak-anakmu sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesihatan yg berpanjangan buatmu ibu.
 

Rasa lama pula tak post cerita kat sini.



Last week merupakan minggu yang agak memenatkan bagi kami sekeluarga.

28 & 29/4 kami ke Kuantan untuk Konvo @ POLISAS adik isteriku.



Sempat la juga merasa masakan kat tempat favourite kat Kuantan tu..kat mana lagi kalau bukan Tanjung Lumpur. memang puashati la makan kat gerai Ana Ikan Bakar Petai tu. Ikan, sotong, udang dan lala menjadi hidangan kami. Malam tu memang crowded, rasanya kebanyakkan orang luar macam kami juga la kut. Aku kekenyangan, terima kasih buat Yati yg belanja makan malam tu.



Lepas makan kami skeluarga lepak2 ambil angin kat Teluk Chempedak...memang menyamankan suasana kat pantai tu...walaupun dipenuhi oleh ramai manusia laki dan perempuan...mostly couple la.



The next day, before balik Klang, kami (isteriku) sempat singgah membeli belah di beberapa tempat untuk membeli keropok lekor, sata dan otak2 buat buah tangan. Kami beli kat kedai Pak Soh, Tanjung Lumpur. Kami juga tapaw hasilan laut lain spt ikan masin, sotong, di sebuah kedai lain dipinggir Bandar Kuantan.



Cuaca 2 hari tu boleh dikatakan agak panas sehingga mencecah 34 darjah Celsius la agaknya. Terutama on the way balik melalui LPT, terasa bahangnya. On the way pergi balik tu kami singgah kat R&R Temerloh. Merasa jugak la Ikan Patin masak tempoyak, erm sepotong dlm RM7, semua kedai sama kecuali Patin Buah RM12. Apapun sedap..kenalah dgn tekak aku ni.



Kami selamat sampai petang tu juga.



30/4 Aku kerja macam biasa...byk plak report nak kena buat, tapi sempat gak le submit E-Filing 2008 aku walaupun line agak slow, biasalah semua org buat last minute submission hehe. Tapi tanggungjawab aku berjaya diselesaikan. Esok Public Holiday!



1 Mei aku balik kampung plak kat Parit Sulong...drive lagi. Tapi coz aku dah lama tak balik, aku gagahkan jua. Nasib baik tak jem sgt kat Nilai ke Seremban tu. Just slow skit. Faham semua nak balik kampung.



Sabtu malam Ahad tu aku pergi kenduri potong jambul kawan aku Ajam. Biasalah kalau kat kampung aku kalau dah sembelih kambing alamat makan beryani kambing la jawabnya. Dah lama tak pekena ni. Aku makan satu pinggan je, tapi tambah 2 kali hehe...Beryani org kampung memang best! Cuma yang tak bestnye pagi2 buta lagi aku dah ke toilet 3 kali..perut memulas je..pastu Ahad pagi tu terus aku demam...aduh, nak bangun pun tak larat, semua sendi2 lemah je... Kolestrol naik kut, wife aku kata byk sgt makan kambing. Nasib baik la de wife, boleh bermanja2 time sakit ni.



Lepas makan bebarapa jenis ubat aku OK sikit, petang tu aku gagah diri mengatakan aku dah OK banyak, wp pagi tadi nak bangun pun tak larat. Nak kena balik Klang la, esok nak kerja. Aku boleh MC tapi wife aku kena kerja. Nak suruh dia drive...erm memang tak konpiden langsung...bawa keta tu pun tak pernah. Agaknya kalau aku pengsan tengah jalan camne la agaknya ye..: ). Dan dengan kudrat yg ada aku akhirnya sampai juga ke rumah walaupun jalan sesak teruk dari exit Pedas/Linggi sampai la ke R&R Seremban dan perut aku masih memulas sekali sekala...ku tahan jua.

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker