life, family, etc @ nashizz.blogspot

nashizz's blog for cerita-cerita, jalan-jalan, makan-makan, main-main, apa-apa, suka-suka, saja-saja



12.06.2009 : Klang - Jerebu..oh..jerebu. Jerebu datang lagi!
Oh tidak! Sesak nafas...kabur pandangan...lemas dibuatnya..bertambah berjerebu kepalaku

Mengikut definisi jerebu yang aku baca. Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ni mungkin berasal semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikeI-partikel ini wujud berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Dari mana datangnya jerebu ni...Indonesia..Filipina?

Jerebu wujud akibat daripada;
Pembakaran secara terbuka
Asap dari kilang
Asap dari kenderaan


Sejak beberapa hari yang lepas aku perasan yang jerebu di kawasan tempat aku bermastautin semakin menjadi-jadi...ku sangkakan kabus pagi..rupa-rupanya jerebu.
Jika diikut pandangan mata ini yang agak rabun dan bercermin mata, aku anggarkan dalam 300-500 meter saja jarak penglihatan sewaktu memandu ke tempat kerja melalui KESAS. Terutamanya sehingga ke susur keluar ke Jalan Kebun.

Yang pastinya di tepi Lebuhraya KESAS dari Klang ke Jln Kebun dan Johan Setia, memang wujud pembakaran secara terbuka dan ditambah dengan kondisi muka bumi yang liputi tanah gambut yang mudah terbakar. Bukan kali ini saja ianya berlaku malah ditahun2 sebelumnya pun begitu juga.

Yang tak pastinya, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mencegahnya kerana situasi sama tetap berlaku terutama bila musim panas yang berpanjangan. Diharap penduduk kampung yang terbabit dengan pembakaran terbuka ini lebih prihatin dengan masalah ini. Jangan lah mementingkan diri semata-mata tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain.

Berikut ni adalah kesan2 dan langkah2 yang boleh diambil berkenaan dengan jerebu..

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

1. Kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang mengalami penyakit
• asma • bronkitis • radang paru-paru • penyakit paru-paru yang kronik • jantung • alahan
4. Perokok
5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.


Tanda Dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan :

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh semua ketika keadaan berjerbu ini :
  • Mereka yang mengalami penyakit penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang didalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan diluar rumah.
  • Orang ramal dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100)
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

So kengkawan, saudara-mara, ambillah langkah2 yang sewajarnya untuk ketika menghadapi musim panas yang berjerebu ini..

Tiada jerebu..hidup sihat..hidup bahagia








0 comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker