life, family, etc @ nashizz.blogspot

nashizz's blog for cerita-cerita, jalan-jalan, makan-makan, main-main, apa-apa, suka-suka, saja-saja

Actually dah lama juga aku tak balik kampung ni, rindu la juga. Tiap kali nak balik ada je alasan yang menghalang... itu la ini la. Tak pe la, InsyAllah awal bulan 5 ni aku balik la. 

Rindu masakan mak, masak lemak cili api, asam pedas, ayam kampung ungkep, byk lagi la. Kawan2 pun dah lama tak dijenguk...

Anak-anak aku sekalian, kita balik kampung tau nanti. Ibu memang dah tau hal ni tau. 
Tapi before that kita kena jalan-jalan ke Kuantan dulu Yat nak konvo..

Parit Sulong, aku balik nanti!! 

Esok lusa opis aku tutup, ada company trip to Bali. Tapi aku tak ikut hua hua hua...sedihnya. Aku tak ikut atas sebab2 yang tak dapt dielakkan. Tapi takpe la sebelum ni aku dah ikut trip ke Bali sebelumnya. Nak sedapkan hati..: (


Hopefully they will enjoy tak ingat kerja. But Monday dah kena start kerja macam biasa. So harap2 takde yg terlupa nak balik. Enjoy guys!!


Teringat satu sambal yg mak aku di kampung (kat batu Pahat) suka buat, aku tak ingat namanya ape entah..so aku letak je la nama kata title tu...Orang jawa pandai buat ni. Selalunya mak aku buat untuk dimakan dgn ubi rebus, atau lempeng buat sarapan...pedas memang pedas tapi terangkat


Weekend nanti minta bini aku buat..tak silap dulu bini aku pernah buat sekali kut...tak pun aku buat sendiri  aje la : )

Resepinye lebih kurang camni la :
15 biji cili api (ditumbuk kasar), 2 biji bawang besar di hiris,3 biji bawang putih di hiris, ikan bilis secukupnya (ditumbuk kasar) asam jawa, garam, gula secukupnya, sedikit air, minyak untuk menumis. 
Caranya tumis cili besar, cili api, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sekali sehingga naik bau. Jangan sampai garing masukkan air,  masukkan air asam jawa, garam dan gula. Rasa untuk sambal jawa ni mesti ada rasa masam2 manis dan sedikit rasa masin. biarkan sekejap selapas masuk air tadi sehingga mendidih atau masak. Hidangkan..makan dengan nasi, sbg pencicah lempeng, jemput-jemput, ubi rebus mesti terangkat....perghh. 

Rasa nak makan asam pedas juga ni, nanti nak gak try My Asam Pedas, kat Bandar Botanic tu la..


2. Clumsy? Avoid cutting yourself while slicing vegetables by getting someone else to hold them while you chop away.

3. Avoid arguments with your partner about lifting the toilet seat by simply using the sink.

4. For high blood pressure sufferers: simply cut yourself and bleed for a few minutes, thus reducing the pressure in your veins. Remember to use a timer.

5. A mouse trap, placed on top of your alarm clock, will prevent you from rolling over and going back to sleep after you hit the snooze button.

6. If you have a bad cough, take a large dose of laxatives. Then you will be afraid to cough.

7. Have a bad toothache? Smash your thumb with a hammer and you will forget about the toothache.

8. Sometimes, we just need to remember what the rules of life really are:
You only need two tools: WD-40 and Duct Tape. If it doesn't move and should, use the WD-40. If it shouldn't move and does, use the duct tape.

9. Remember: Everyone seems normal until you get to know them.

10. Never pass up an opportunity to go to the bathroom.

11. If you woke up breathing, congratulations! You get another chance.

12. And finally, be really nice to your family and friends; you never know when you might need them to empty your bedpan.

13. The statistics on sanity are that one out of every four persons is suffering from some sort of mental illness. Think of your three best friends -- if they're okay, then it's you.

article found at malaytaste.blog





Apart from the ML & HL version, Proton Design showcased two modified Proton Exora MPVs at the launch of the Exora.


Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang walaupun banyak masalah hidup

Oleh Mohd Adid Ab Rahman


ORANG dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu giat berusaha sepanjang langkah usianya untuk bertaqarub kepada Allah kerana didorong rasa cinta mendalam terhadap-Nya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang itu sentiasa rindu pada-Nya.

Ibarat seorang anak muda sedang mabuk asmara, selalu terkenang-kenang si buah hatinya. Orang yang beriman, ingatannya tetap bergetar tulus kepada-Nya tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.

Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: 
"Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?"

Inilah gambaran orang beriman, yakin percaya kepada Allah dan menginsafi diri tidak lebih sebagai seorang hamba sangat lemah yang selama ini menerima nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.

Hal ini menepati firman Allah yang bermaksud: 
"Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)

Kebanyakan masyarakat faham zikir hanya kata-kata yang dilafazkan saban kali habis menunaikan solat fardu, solat sunat atau membisik doa ketika ingin makan, memulakan sesuatu kerja yang baik, terjaga dan tidur serta bersin.

Padahal hakikat zikir kepada Allah sebenarnya tidak tertentu kepada zikir lisan semata-mata seperti mana ditegaskan Al-Imam An-Nawawi, bahawa zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, takbir dan lain-lain zikir lisan, mereka yang bekerja kerana Allah juga orang yang berzikir kepada Allah.


Pendapat beliau disokong Basri Ibrahim Al-Azhari dalam bukunya Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir, bahawa setiap orang yang taat kepada Allah, mengikut segala diperintahkan dan meninggalkan dilarang oleh-Nya dikira sebagai orang yang berzikir.

Zikir terbahagi kepada
 tiga bahagian iaitu zikir hatilidah dan anggota. Zikir hati memikirkan keagungan dan kebesaran Allah di bumi, langit dan seluruh kejadian makhluk-Nya. Zikir lidah pula melantunkan puji-puji kepada Allah, mensyukuri nikmat kurniaan-Nya, menyeru masyarakat ke arah ajaran Islam, menerangkan kebaikan syarak, menjelaskan hikmah pada perintah dan larangan Allah, memberi nasihat kepada sesama Islam.

Sementara zikir anggota pula menggunakan anggota badan untuk melakukan amalan ketaatan, sama ada dalam bentuk melakukan segala suruhan atau meninggalkan segala larangan Allah.

Orang yang lupa atau lalai kepada Allah, hatinya selalu dirundung resah gelisah, tenggelam dalam kebimbangan dan sengaja meletakkan dirinya di tempat mengundang kemurkaan Allah lantaran tidak rasa bersalah terhadap kemungkaran dilakukan. Lupa kepada Allah menandakan hati seseorang itu sudah berkarat dengan sifat mazmumah yang sangat keji. Orang beriman tidak akan membiarkan hatinya berkarat dan penuh dengan kekotoran, ia akan sentiasa menggilap hatinya dengan berzikir kepada Allah.

Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: "Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih." Sesungguhnya seseorang yang lalai daripada mengingati Allah bermakna dirinya dihinggapi penyakit sombong, lupa asal kejadian diri sebagai makhluk lemah yang diciptakan semata-mata supaya mengabdikan diri kepada-Nya dan mewarisi sifat orang munafik. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan, apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan, tidaklah mereka menyebut Allah, kecuali sedikit sekali." (Surah an-Nisa, ayat 142) Setiap mukmin sewajarnya menjadikan zikir sebagai sesuatu yang tidak terpisah daripada kehidupan seharian kerana banyak keistimewaan bakal diterima oleh orang yang sentiasa berzikir. Kitab Tanbih al-Ghafilin menyatakan lima kelebihan dan faedah berzikir, iaitu mendapat keredaan Allah, menambahkan kesungguhan melaksanakan ketaatan, terkawal daripada hasutan syaitan, melembutkan hati dan mencegah daripada melakukan maksiat. Orang yang memperbanyakkan zikir, dosanya akan diampuni sekali gus mendapat ganjaran pahala besar seperti firman yang bermaksud: "Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Aku sudah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Ahzab, ayat 35) Orang yang selalu ingat kepada Allah jiwanya menjadi bening dan tenang, sekalipun sedang menghadapi banyak permasalahan hidup, ujian, musibah dan seumpamanya. Firman Allah yang bermaksud: "Ingatnya, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." (Surah al-Ra'ad, ayat 28) Sesungguhnya dengan selalu ingat kepada Allah, akhlak diri menjadi indah dan menarik, sekali gus menjadi cermin bagusnya nilai ajaran Islam dan hebatnya orang mukmin pada mata orang bukan Islam seperti pernah ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Jangan jadikan sibuk dengan urusan kehidupan di dunia sebagai alasan lupa kepada Allah. Sungguh Allah melarang keras seseorang memiliki sifat lalai seperti ditegaskan firman yang bermaksud: "Janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." (Surah al-A'raf, ayat 205)

Sumber : BHarian 2009/04/10

Artikel ini di petik dari blog AdikBijak


TEKNIK ASOSIASI BUNYI DAN PERBUATAN (BAHAGIAN 1 - BUNYI HURUF)

Tahap penumpuan kanak-kanak amatlah singkat. Mereka tidak seperti orang dewasa yang boleh memberikan perhatian yang panjang atas sesuatu perkara atau aktiviti. Justeru itu tempoh fokus mereka yang singkat itu perlu dimanafaatkan dengan sebaiknya dan dengan cara yang betul agar pembelajaran dapat berjalan semaksimanya walau untuk jangka masa yang singkat.

Perhatian anak-anak perlu kita tarik dahulu sebelum kita cuba mengajarkannya sesuatu. Untuk bahagian pertama ini ingin saya sentuh cara yang betul memperkenalkan bunyi huruf kepada kanak-kanak. Teknik ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke bawah.

Cuba lakukan yang berikut:

Langkah 1: Katakan kepada si comel... "Sayang hari ini Ummi nak perkenalkan satu bunyi. Sayang nak dengar tak bunyi tu?". Pada peringkat ini tujuan anda adalah untuk menarik perhatian si kecil

Langkah 2: Letakkan jari anda dan halakan ke bibir dan katakan pula... "Cuba sayang lihat mulut Ummi ni. Bunyi yang Ummi nak bagi tahu ialah...." Pastikan anak memandang kepada mulut anda sebelum meneruskan ayat anda.

Langkah 3: Sambung dan sebutkan bunyi yang ingin anda ajarkan... contohnya "UUU". Pada peringkat ini pastikan anda sebut bunyi tersebut dengan gaya yang betul dan penuh bersemangat (sila rujuk VCD yang disertakan bersama-sama Set Bacalah Anakku sebagai panduan cara menyebut bunyi huruf dengan tepat)... dan pastikan anak anda melihat ke mulut anda semasa anda menyebutnya.

Langkah 4: Ulang Langkah 2 dan 3 untuk beberapa kali.

Langkah 5: Minta anak anda cuba menyebut bunyi yang baru dipelajarinya.

Langkah 6: Ajarkan satu jenis bunyi sahaja untuk satu-satu masa dan setkan tempoh belajar tersebut untuk 5 - 10 minit sahaja. Bila si comel dah dapat menguasai bunyi tersebut... bolehlah anda perkenalkan bunyi yang lain pula pada sessi seterusnya.

Teknik yang saya tunjukkan di atas adalah teknik untuk melatih kanak-kanak belajar menyebutkan bunyi dengan tepat dan betul. Anda belum lagi sebenarnya memperkenalkan huruf kepadanya. Tetapi lebih untuk melatih otot mulut dan kotak suaranya.

Untuk tips akan datang akan saya sentuh pula bagaimana latihan sebutan huruf ini dapat diperkukuhkan lagi melalui aksi-aksi lakonan dan lagu-lagu.

Selamat mencuba...!!!


Berminat untuk mengethaui lebih lanjut berkenaan pelbagai buku2 yang membantu pendidikan awal kanak2, dan juga peluang menambah pendapatan dengan buku bolehlah ke laman web berikut:




http://adikbijak.com/ref.pl?MB02777


28/4-29/3 nanti adik ipar aku Yati, pula yang ada konvo kat Kuantan. Kalau jadi, ini adalah kali kedua aku dagn wife pergi. Dulu sekali masa belum ada anak lagi, kira honeymoon lagi la.
Kali ni dah 2 anak aku. 

Aku tak pasti kat mana tempat yang best untuk dilawati nanti. Tapi aku pasti ...Tanjung Lumpur mesti pergi, ya tak? Apa pun tunggu...Insya Allah jika tiada aral melintang di tengah jalan

Diriwayatkan dari Abu Sa'id al-Khudri r.a, bahwasanya Nabi saw. pernah bersabda, "Janganlah kamu sekelian duduk-duduk di pinggir jalan." Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, kami duduk di situ untuk bersembang, kami tidak dapat meninggalkannya." Beliau bersabda, "Jika kamu tidak mahu meninggalkan tempat itu maka kamu harus menunaikan hak jalan." Para sahabat bertanya, "Apa hak jalan itu ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Menundukkan pandangan, membuang hal-hal yang mengganggu di jalan, menjawab salam, memerintahkan perkara ma'ruf, dan melarang perbuatan mungkar," (HR Bukahri [6229] dan Muslim [2121]).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahwasanya Nabi saw. pernah melarang duduk-duduk di pinggir jalan. Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, sulit bagi kami untuk duduk-duduk di rumah kami." Beliau bersabda, "Jika kamu duduk di sana maka tunaikan haknya." Para sahabat bertanya, "Apa hak jalan, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Memberi petunjuk bagi orang yang bertanya, menjawab salam, menundukkan pandangan, memerintahkan untuk berbuat baik, dan melarang berbuat mungkar," (Shahih, HR Bukhari dalam Adabul Mufrad [1149]). Wallahu'alam, wassalamu'alaikum wr wb
Diambil dari email posted @ SIM

Sesaja menyibuk politik Malaysia. Senarai kabinet baru Najib...
Memanda Menteri : Najib Abdul Razak
Timbalan Memanda Menteri : Muhyiddin Yassin
Menteri Di JPM
1. Dr Koh Tsu Koon - Hubungan kesatuan dan pengurusan prestasi
2. Nazri Abdul Aziz - Undang-undang dan parlimen
3. Nor Mohamed Yaakop - EPU
4. Major Gen Jamil Khir Baharom - Hubungan Agama
Timbalan : Liew Vui Keong, Senator Dr Mashitah Ibrahim, SK Devamany,
Ahmad Maslan and Senator T Murugiah
Menteri Kewangan 1 : Najib Abdul Razak
Menteri Kewangan 2 : Ahmad Husni Hanadzlan
Timbalan : Chor Chee Heong, Senator Dr Awang Adek Hussien
Menteri Pelajaran : Muhyiddin Yassin
Timbalan : Wee Ka Siong, Puad Zarkashi
Menteri Pengangkutan : Ong Tee Keat
Timbalan : Abdul Rahim Bakri, Robert Lau Hoi Chew
Menteri Pembangunan Pertanian dan Komoditi : Bernard Dompok
Timbalan : Hamzah Zainuddin
Menteri dalam Negeri : Hishammuddin Hussien
Timbalan : Abu Seman Yusop, Jelaing Mersat
Menteri Penerangan, Kebudayaan, Komunikasi, Kesenian dan Budaya : Rais Yatim
Timbalan : Joseph Salang Gandum, Senator Heng Seai Kie
Menteri tenaga, Air dan Teknologi : Peter Chin Fah Kui
Timbalan : Noriah Kasnon
Menteri Pambangunan dan Kerajaan Tempatan : Shafie Apdal
Timbalan : Hassan Malek, Joseph Entulu Belaun
Menteri Pengajian Tinggi : Khaled Nordin
Timbalan : Dr Hou Kok Chung, Saifuddin Abdullah
Menteri Perdangan industri Antarabangsa : Mustapa Mohamad
Timbalan : Mukhriz Mahathir, Jacob Dungau Sagan
Menteri Sains, Teknologi dan inovasi : Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof
Menteri Pelancongan : Ng Yen Yen
Timbalan : Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
Menteri Pertanian : Noh Omar
Timbalan : Johari Baharom, Rohani Abdul Karim
Menteri Pertahanan : Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan : Abdul Latif Ahmad
Menteri Kerjaraya : Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Yong Khoon Seng
Menteri Kesihatan ; Liow Tiong Lai
Timbalan : Rosnah Rashid Shilin
Menteri Belia dan Sukan : Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Razali Ibrahim, Wee Jeck Seng
Menteri Sumber Manusia : Dr S Subramaniam
Timbalan : Maznah Mazlan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri : Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Tan Lian Hoe
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Kong Cho Ha
Timbalan : Lajim Ukin
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Senator Sharizat Abdul Jalil
Timbalan : Senator Chew Mei Fun
Menteri Luar : Anifah Aman
Timbalan : Senator A Kohilan Pillay, Senator Lee Chee Leong
Menteri Wilayah Persekutuan : Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan : M Saravanan
Yang terkeluar; Syed Hamid Albar, Muhammad Muhd Taib, Azalina Othman Said, Ong Ka Chuan, Senator Amirshah A Aziz, Mohd Zin Mohamed, Uggah Embas dan Zulhasnan Rafique Shahrir Samad awal-awal lagi dah bagi surat resign,
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin takde dalam senarai pun, tapi yang tewas Mukhriz Mahathir dapat jawatan Timbalan Menteri. So tahu-tahu la kita menilainya. Pikirlah sendiri




Tadi wife aku forward gambar MPV Proton Exora. Boleh tahan juga. Dah lama sangat tunggu bila la nak launch.
Gambar atas sekali tu kalau dibandingkan Exora dengan Avanza & Grand Livina. Not bad kalau dilihat secara luarannya. Quality & performance kita tak pasti lagi. So tunggu aje la bila keluar nanti. Macam nak beli, tapi bagi chance la kat orang lain pakai dulu. Kalau OK boleh berkira-kira tukar MPVbaru ni.
And hopefully price tag nya tak la tinggi sangat, please la Proton, takkan nak letak price tag mahal2 kut, bagilah peluang untuk rakyat Malaysia memilikinya dangan harga yang mampu.
Belilah Barang Buatan Malaysia yang berkualiti....









Bulan lepas 28-30 Mac, aku dan keluarga-maka abah, isteri, anak2 & adik beradik aku pergi ke Kedah. Adik aku Hanif, ada majlis konvokesyen kat UUM. Ini lah sejak beberapa tahun lamanya aku menjejakkan kaki aku ke Kedah. Aku dulu pun study kat tempat yang sama, graduate tahun 1998.

So bila datang tempat lama ni, teringatlah kembali memori indah, suka-duka masa study dulu. Banyak yang dah berubah jika nak dibandingkan dgn dulu, membangunlah katakan.
Semasa di Kedah sempatlah juga pergi jalan-jalan & makan-makan. Kami pergi ke Pekan Rabu, beli-belah sikit, pusing bandar Alor Setar, pekena laksa Kuala Kedah yg terkenal tu. Lepas tu sempat juga ke Padang Besar, Perlis juga beli-belah sikit. Kata orang alang-alang dah datang dari jauh ni pergi aje la. Kita pun tak tahubila nak pergi lagi. Malamnya kami makan kat seafood kat Kuala Perlis, meriah sungguh tempat tu. Nak pilih tempat makan pun tak tahu, lupa nak recce dulu. Last-last makan kat satu gerai tu, nasib baik okey, berbaloi juga makan kat situ, harga pun murah je. Kalau makan kat Muara Ikan Bakar kat Tanjung Harapan, Port Klang pasti berganda bila membayarnya.

30hb tu baru majlis konvo adik aku, habis majlis, lepas makan2 sikit petang tu kami pun balik ke KL/Klang. Satu pejalanan balik yang agak meletihkan maklumlah cuaca agak panas, dan badan terasa penat sebab kerap sangat memandu dalam 3 hari ni.

Alhamdulillah, dalam pukul 10mlm kami sampai di rumah aku. Esoknya mak abah balik terus ke kampung kat Batu Pahat, adik2 dah kena sekolah.

Sekian jalan-jalan kali ni. 

Dah lama tak join dunia blogging ni. Tergerak hati pula nak aktif semula, walaupun tak berapa pandai nak menulis panjang2. Sekurang2nya ada juga tempat nak berkongsi cerita apa-sapa saja.

Untuk post pertama ini aku tak mahu cerita panjang2, hanya berharap aku dapat terus menulis lagi dalam ruangan ini. Aku anggap ini adalah permulaannya...

Aku boleh!!!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker