life, family, etc @ nashizz.blogspot

nashizz's blog for cerita-cerita, jalan-jalan, makan-makan, main-main, apa-apa, suka-suka, saja-saja

Dah dekat2 bulan gak la aku sendiri tak jenguk blog ni. Macam2 hal la yang berlaku. Yang paling teruk, aku sendiri tak berapa nak sihat, sampai kena surgery la plak. Alhamdulillah la semua tu dah berlalu. Bila teringat balik ngeri gak, bila terasa pisau tu membelah kulit aku...Adusss doc, sakit, nak bius kuat lagi... tup2 dah settle pun. Kebas separuh badan aku dibuatnya.

Dapat MC dalam 2 minggu, tapi sakit nak baik tu memang la terasa sgt, lg pun tempat operate kat bahagian sendi / otot yang memang akan terkesan bila aku bergerak. Kena berpantang makan minum gak le... terima kasih kepada bini ku yang sgt ambil berat...dan mak mertua aku yang bersusah payah menyediakan makan aku dlm 'pantang' tu, dan semua yang terlibat. Terima kasih buat semua..

Dalam tak berapa nak sembuh ni..bini aku pun dah sarat nak bersalin... InsyAllah dalam minggu ni la gamaknya. Itu hari check dh terbuka sikit...mungkin 2 -3 hari lagi. Kesian bini aku, semoga dipercepatkan proses tu, dipermudahkan nanti...dikurangkan rasa sakit tu. Abang akan sentiasa menemanimu sayang... Kita doakan semuanya akan selamat...

Dah lewat malam..rasa mengantuk makin menebal...masa untuk tidur..esok kerja..esok Jumaat. Penghulu segala hari...kalau nak bersalin esok pun takpe yang... apa pun tidur dulu.



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker