life, family, etc @ nashizz.blogspot

nashizz's blog for cerita-cerita, jalan-jalan, makan-makan, main-main, apa-apa, suka-suka, saja-saja

Alhamdulillah...semalam telah berlangsung majlis bacaan dan tahlil khusus buat arwah di opis aku. Dihadiri oleh staf LB dan staf client serta kelurga terdekat

Kehadiran ahli keluarga arwah, Mak Inom, Pak Atan, Datin Orked dan Datuk Dr Zakaria (Dr Z)serta ahli keluarga yg lain turut menjayakan majlis tersebut.

Majlis secara sederhana ini turut diselitkan dan tazkirah oleh sorang ustaz yang turut dijemput untuk mengetuai majlis.

Aku sempat juga berbicara dgn Dr Z, aku bgtau la dia pernah operate Izz Raziq dulu masa kena Hernia. Orangnya sempoi je, tak sombong, malah dia lagi banyak tanya kat aku...mostly pasal kerja la..ttg LB.

Krew / wartawan TV3 juga dtg buat liputan. Sempat juga mereka menanyakan sesuatu kepada Mak Inom dan Pak Atan. Mungkin ada siarannya dlm Majalah 3 malam sabtu nanti. Yang pastinya Majalah 3 buat tribute selama sejam tentang arwah Yasmin.

10.30 majlis pun selesai setelah semua tetamu yg hadir balik. Tapi aku juga yg tak selesai, biasalah orang kuat la katakan..nak kena kemas segala macam meja dan kerusi.

Raziq & Irfan tido rumah wan/acik..nak balik pun dah lewat sangat. Sampai rumah dalam 11.30 mlm...

Sekian


Semalam suasana suram menyelubungi persekitaran tanah perkuburan SS22, Subang Jaya.

Dimana disemadikan jenazah Yasmin Ahmad, seorang pembikin filem / iklan, dan juga seorang bos (ECD) yang aku kenali yang telah pergi meninggalkan dunia ini pada usia 51 tahun.
Kami di Leo Burnett pastinya merindui suasana bekerja dengannya. Selepas ini tiada lagi riuh suaramu, tiada lagi staff no 00025 yg biasa aku lihat, tiada lagi cek gaji yang akan ku lihat tertulis namamu, tiada lagi hasil karyamu yg menharumkan namamu dan agensi ini. Hanya namamu dan juga karya2mu yang tetap dalam ingatan semua. Diiringi doa-doa untukmu. Al Fatihah buat Yasmin Ahmad.

Tiada apa yang berlaku sangat sepanjang minggu lepas, cuma last week our family balik kampung, di Parit Sulong.

Mak abah ade buat tahlil & doa buat arwah kedua2 atuk dan nenek, serta arwah ayah mertua aku. Alhamdulillah semuanye berlangsung dengan baik.

Majlis tersebut dibuat selepas maghrib memandangkan terdapat sebuah lagi rumah yg mengadakan majlis yg sama selepas Isyak.



Menu yg keluarga kami buat, biasa2 aje..standard kat kampung je..ade ayam goreng berempah, sambal udang, umbut kelapa masak lemak, sambal goreng. Ulam-ulaman dgn sambal belacan juga disediakan. Tiada menu nasi Ambeng. Rasanya dah makin pupus tradisi tu, orang2 kampung pun dah jarang buat. Kalau dulu time ade kenduri je mesti ade nasi Ambeng.

Ahad petang keesokannya kami balik semula ke Klang..Isnin dah nak kerja.

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker