life, family, etc @ nashizz.blogspot

nashizz's blog for cerita-cerita, jalan-jalan, makan-makan, main-main, apa-apa, suka-suka, saja-saja


Bulan lepas 28-30 Mac, aku dan keluarga-maka abah, isteri, anak2 & adik beradik aku pergi ke Kedah. Adik aku Hanif, ada majlis konvokesyen kat UUM. Ini lah sejak beberapa tahun lamanya aku menjejakkan kaki aku ke Kedah. Aku dulu pun study kat tempat yang sama, graduate tahun 1998.

So bila datang tempat lama ni, teringatlah kembali memori indah, suka-duka masa study dulu. Banyak yang dah berubah jika nak dibandingkan dgn dulu, membangunlah katakan.
Semasa di Kedah sempatlah juga pergi jalan-jalan & makan-makan. Kami pergi ke Pekan Rabu, beli-belah sikit, pusing bandar Alor Setar, pekena laksa Kuala Kedah yg terkenal tu. Lepas tu sempat juga ke Padang Besar, Perlis juga beli-belah sikit. Kata orang alang-alang dah datang dari jauh ni pergi aje la. Kita pun tak tahubila nak pergi lagi. Malamnya kami makan kat seafood kat Kuala Perlis, meriah sungguh tempat tu. Nak pilih tempat makan pun tak tahu, lupa nak recce dulu. Last-last makan kat satu gerai tu, nasib baik okey, berbaloi juga makan kat situ, harga pun murah je. Kalau makan kat Muara Ikan Bakar kat Tanjung Harapan, Port Klang pasti berganda bila membayarnya.

30hb tu baru majlis konvo adik aku, habis majlis, lepas makan2 sikit petang tu kami pun balik ke KL/Klang. Satu pejalanan balik yang agak meletihkan maklumlah cuaca agak panas, dan badan terasa penat sebab kerap sangat memandu dalam 3 hari ni.

Alhamdulillah, dalam pukul 10mlm kami sampai di rumah aku. Esoknya mak abah balik terus ke kampung kat Batu Pahat, adik2 dah kena sekolah.

Sekian jalan-jalan kali ni. 

0 comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker