Actually dah lama juga aku tak balik kampung ni, rindu la juga. Tiap kali nak balik ada je alasan yang menghalang... itu la ini la. Tak pe la, InsyAllah awal bulan 5 ni aku balik la.
KL Today!
Taqwim Hijrah
Selamat Datang
Blog Archive
-
▼
2009
(38)
- ► December 2009 (2)
- ► November 2009 (2)
- ► September 2009 (3)
- ► August 2009 (2)
-
▼
April 2009
(13)
- Parit Sulong
- Bali Ohh Bali!
- Sambal Godok
- Simple Home Remedies
- Improved Version Of Exora (Concept)
- Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang
- Teknik Asosiasi Bunyi & Perbuatan (Bunyi Huruf)
- Kuantan!!! kau tunggu, aku datang!
- Larangan Melepak di Tepi Jalan dan Menunaikan Hak ...
- Kabinet Baru Najib 2009
- Proton Exora
- Jalan-Jalan ke Utara
- Blog Ini
I Follow....
Labels
- adik bijak (1)
- anak (1)
- balik kampung (4)
- basikal (1)
- ben10 (1)
- chef wan (1)
- exora (2)
- family (2)
- halal (2)
- home (1)
- ibu (1)
- infosihat (1)
- jalan-jalan (6)
- jerebu oh jerebu (1)
- kabinet baru 2009 (1)
- life (1)
- Micheal Jackson (1)
- office (1)
- permulaa (1)
- puasa (1)
- remedies (1)
- resepi (2)
- sakit (2)
- selsema (1)
- suk (1)
- tazkirah (2)
- trafik (1)
- Yasmin Ahmad (2)
Live Traffic
Followers
Esok lusa opis aku tutup, ada company trip to Bali. Tapi aku tak ikut hua hua hua...sedihnya. Aku tak ikut atas sebab2 yang tak dapt dielakkan. Tapi takpe la sebelum ni aku dah ikut trip ke Bali sebelumnya. Nak sedapkan hati..: (
Teringat satu sambal yg mak aku di kampung (kat batu Pahat) suka buat, aku tak ingat namanya ape entah..so aku letak je la nama kata title tu...Orang jawa pandai buat ni. Selalunya mak aku buat untuk dimakan dgn ubi rebus, atau lempeng buat sarapan...pedas memang pedas tapi terangkat
6. If you have a bad cough, take a large dose of laxatives. Then you will be afraid to cough.
You only need two tools: WD-40 and Duct Tape. If it doesn't move and should, use the WD-40. If it shouldn't move and does, use the duct tape.
Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang walaupun banyak masalah hidup Oleh Mohd Adid Ab Rahman Inilah gambaran orang beriman, yakin percaya kepada Allah dan menginsafi diri tidak lebih sebagai seorang hamba sangat lemah yang selama ini menerima nikmat Allah tidak terhitung banyaknya. Padahal hakikat zikir kepada Allah sebenarnya tidak tertentu kepada zikir lisan semata-mata seperti mana ditegaskan Al-Imam An-Nawawi, bahawa zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, takbir dan lain-lain zikir lisan, mereka yang bekerja kerana Allah juga orang yang berzikir kepada Allah. 
ORANG dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu giat berusaha sepanjang langkah usianya untuk bertaqarub kepada Allah kerana didorong rasa cinta mendalam terhadap-Nya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang itu sentiasa rindu pada-Nya.
Ibarat seorang anak muda sedang mabuk asmara, selalu terkenang-kenang si buah hatinya. Orang yang beriman, ingatannya tetap bergetar tulus kepada-Nya tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.
Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: "Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?"
Hal ini menepati firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)
Kebanyakan masyarakat faham zikir hanya kata-kata yang dilafazkan saban kali habis menunaikan solat fardu, solat sunat atau membisik doa ketika ingin makan, memulakan sesuatu kerja yang baik, terjaga dan tidur serta bersin.
Pendapat beliau disokong Basri Ibrahim Al-Azhari dalam bukunya Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir, bahawa setiap orang yang taat kepada Allah, mengikut segala diperintahkan dan meninggalkan dilarang oleh-Nya dikira sebagai orang yang berzikir.
Zikir terbahagi kepada tiga bahagian iaitu zikir hati, lidah dan anggota. Zikir hati memikirkan keagungan dan kebesaran Allah di bumi, langit dan seluruh kejadian makhluk-Nya. Zikir lidah pula melantunkan puji-puji kepada Allah, mensyukuri nikmat kurniaan-Nya, menyeru masyarakat ke arah ajaran Islam, menerangkan kebaikan syarak, menjelaskan hikmah pada perintah dan larangan Allah, memberi nasihat kepada sesama Islam.
Sementara zikir anggota pula menggunakan anggota badan untuk melakukan amalan ketaatan, sama ada dalam bentuk melakukan segala suruhan atau meninggalkan segala larangan Allah.
Sumber : BHarian 2009/04/10
Artikel ini di petik dari blog AdikBijak Tahap penumpuan kanak-kanak amatlah singkat. Mereka tidak seperti orang dewasa yang boleh memberikan perhatian yang panjang atas sesuatu perkara atau aktiviti. Justeru itu tempoh fokus mereka yang singkat itu perlu dimanafaatkan dengan sebaiknya dan dengan cara yang betul agar pembelajaran dapat berjalan semaksimanya walau untuk jangka masa yang singkat. Perhatian anak-anak perlu kita tarik dahulu sebelum kita cuba mengajarkannya sesuatu. Untuk bahagian pertama ini ingin saya sentuh cara yang betul memperkenalkan bunyi huruf kepada kanak-kanak. Teknik ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke bawah. Cuba lakukan yang berikut: Langkah 1: Katakan kepada si comel... "Sayang hari ini Ummi nak perkenalkan satu bunyi. Sayang nak dengar tak bunyi tu?". Pada peringkat ini tujuan anda adalah untuk menarik perhatian si kecil Langkah 2: Letakkan jari anda dan halakan ke bibir dan katakan pula... "Cuba sayang lihat mulut Ummi ni. Bunyi yang Ummi nak bagi tahu ialah...." Pastikan anak memandang kepada mulut anda sebelum meneruskan ayat anda. Langkah 3: Sambung dan sebutkan bunyi yang ingin anda ajarkan... contohnya "UUU". Pada peringkat ini pastikan anda sebut bunyi tersebut dengan gaya yang betul dan penuh bersemangat (sila rujuk VCD yang disertakan bersama-sama Set Bacalah Anakku sebagai panduan cara menyebut bunyi huruf dengan tepat)... dan pastikan anak anda melihat ke mulut anda semasa anda menyebutnya. Langkah 4: Ulang Langkah 2 dan 3 untuk beberapa kali. Langkah 5: Minta anak anda cuba menyebut bunyi yang baru dipelajarinya. Langkah 6: Ajarkan satu jenis bunyi sahaja untuk satu-satu masa dan setkan tempoh belajar tersebut untuk 5 - 10 minit sahaja. Bila si comel dah dapat menguasai bunyi tersebut... bolehlah anda perkenalkan bunyi yang lain pula pada sessi seterusnya. Teknik yang saya tunjukkan di atas adalah teknik untuk melatih kanak-kanak belajar menyebutkan bunyi dengan tepat dan betul. Anda belum lagi sebenarnya memperkenalkan huruf kepadanya. Tetapi lebih untuk melatih otot mulut dan kotak suaranya. Untuk tips akan datang akan saya sentuh pula bagaimana latihan sebutan huruf ini dapat diperkukuhkan lagi melalui aksi-aksi lakonan dan lagu-lagu. Selamat mencuba...!!! Berminat untuk mengethaui lebih lanjut berkenaan pelbagai buku2 yang membantu pendidikan awal kanak2, dan juga peluang menambah pendapatan dengan buku bolehlah ke laman web berikut:
TEKNIK ASOSIASI BUNYI DAN PERBUATAN (BAHAGIAN 1 - BUNYI HURUF)
http://adikbijak.com/ref.pl?MB02777


Bulan lepas 28-30 Mac, aku dan keluarga-maka abah, isteri, anak2 & adik beradik aku pergi ke Kedah. Adik aku Hanif, ada majlis konvokesyen kat UUM. Ini lah sejak beberapa tahun lamanya aku menjejakkan kaki aku ke Kedah. Aku dulu pun study kat tempat yang sama, graduate tahun 1998.
So bila datang tempat lama ni, teringatlah kembali memori indah, suka-duka masa study dulu. Banyak yang dah berubah jika nak dibandingkan dgn dulu, membangunlah katakan.
Semasa di Kedah sempatlah juga pergi jalan-jalan & makan-makan. Kami pergi ke Pekan Rabu, beli-belah sikit, pusing bandar Alor Setar, pekena laksa Kuala Kedah yg terkenal tu. Lepas tu sempat juga ke Padang Besar, Perlis juga beli-belah sikit. Kata orang alang-alang dah datang dari jauh ni pergi aje la. Kita pun tak tahubila nak pergi lagi. Malamnya kami makan kat seafood kat Kuala Perlis, meriah sungguh tempat tu. Nak pilih tempat makan pun tak tahu, lupa nak recce dulu. Last-last makan kat satu gerai tu, nasib baik okey, berbaloi juga makan kat situ, harga pun murah je. Kalau makan kat Muara Ikan Bakar kat Tanjung Harapan, Port Klang pasti berganda bila membayarnya.
30hb tu baru majlis konvo adik aku, habis majlis, lepas makan2 sikit petang tu kami pun balik ke KL/Klang. Satu pejalanan balik yang agak meletihkan maklumlah cuaca agak panas, dan badan terasa penat sebab kerap sangat memandu dalam 3 hari ni.
Alhamdulillah, dalam pukul 10mlm kami sampai di rumah aku. Esoknya mak abah balik terus ke kampung kat Batu Pahat, adik2 dah kena sekolah.
Sekian jalan-jalan kali ni.
Dah lama tak join dunia blogging ni. Tergerak hati pula nak aktif semula, walaupun tak berapa pandai nak menulis panjang2. Sekurang2nya ada juga tempat nak berkongsi cerita apa-sapa saja.
Untuk post pertama ini aku tak mahu cerita panjang2, hanya berharap aku dapat terus menulis lagi dalam ruangan ini. Aku anggap ini adalah permulaannya...
Aku boleh!!!







