life, family, etc @ nashizz.blogspot

nashizz's blog for cerita-cerita, jalan-jalan, makan-makan, main-main, apa-apa, suka-suka, saja-saja

Alhamdulillah, tanggal 20hb Mei (Khamis) yang lalu, jam 2.50 pagi, lahirlah puteri kami yang pertama setelah dikurniakan 2 putera sebelum ini. Kami namakan puteri kami ini Nuha Arissa.

Hari ini genap hari ke 22 Nuha Arissa lahir kedunia fana ini. Sebagaimana harapan semua ibu bapa, kami mengharapkan Nuha Arissa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan menjadi anak yang solehah suatu masa nanti. Apapun terpulang kepada kami kerana kami jua yang akan mencorakkannya nanti.

Semoga kehadiran Nuha Arissa akan menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga.

0 comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker