life, family, etc @ nashizz.blogspot

nashizz's blog for cerita-cerita, jalan-jalan, makan-makan, main-main, apa-apa, suka-suka, saja-saja

Esok 10hb June...Selamat Hari Lahir buat isteriku tercinta. Jangan dikenang kisah setahun lalu dihari lahirmu ok. Tiada hadiah yang lebih istimewa selain dapat bersama2 mengharungi suka duka kehidupan bersama hehe... Yang memberikan kegembiraan kita bersama2..Disamping kehadiran 3 cahaya mata kita.

hampir setahun ..sejak perisitiwa duka itu terjadi. sudahku lupakannya... mengarang cerita buku baru. warnai kehidupan yang baru... beli kereta baru. thanks jef2881 kerana byk berjasa sepanjang setahun ketiadaan bjq itu. jasamu ku kenang selalu. ku anggap dalam seminggu dua lagi tugas mu akan selesai...berbaktilah kamu kpd ahli keluarga ku yg lain2. jangan buat hal byk2...susah nak menjaganya.

Begitulah diumpamakan nasib aku, disebalik kegembiraan kami menyembut kelhiran Arissa, aku dikejutkan dengan sesuatu yg tak terduga.
10hb June, juga hari ulangtahun kelahiran isteriku, aku terkedu bila kereta yang aku letakkan ditempat letak kereta di Stesen Komuter Klang telah hilang!
Kereta yang aku pakai tak sampai 3 tahun telah tiada ditempat yang sepatutnya. Ketika itu aku baru balik dari kerja menaiki komuter. Melilau aku mencarinya, tapi tak kelihatan, aku tekan alarm kereta tak berbunyi, sah memang kena curi.
Malam tu juga aku buat report polis. Entahlah apa nasib kereta aku sehingga kini tiada beritanya.
Kenapalah kereta aku yang tak seberapa tu dicurinya, kereta lain yg lebih mahal park kat situ tak dicurinya. Memang takdir aku. Ujian untuk aku.
Susahnya nak ke tempat kerja bila takde transport sendiri ni. Kereta tu saja lah yang aku ada untuk dibawa kesana sini. Hai nasib badan.

BJQ6214, tinggal kenangan.

Alhamdulillah, tanggal 20hb Mei (Khamis) yang lalu, jam 2.50 pagi, lahirlah puteri kami yang pertama setelah dikurniakan 2 putera sebelum ini. Kami namakan puteri kami ini Nuha Arissa.

Hari ini genap hari ke 22 Nuha Arissa lahir kedunia fana ini. Sebagaimana harapan semua ibu bapa, kami mengharapkan Nuha Arissa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan menjadi anak yang solehah suatu masa nanti. Apapun terpulang kepada kami kerana kami jua yang akan mencorakkannya nanti.

Semoga kehadiran Nuha Arissa akan menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga.

Dah dekat2 bulan gak la aku sendiri tak jenguk blog ni. Macam2 hal la yang berlaku. Yang paling teruk, aku sendiri tak berapa nak sihat, sampai kena surgery la plak. Alhamdulillah la semua tu dah berlalu. Bila teringat balik ngeri gak, bila terasa pisau tu membelah kulit aku...Adusss doc, sakit, nak bius kuat lagi... tup2 dah settle pun. Kebas separuh badan aku dibuatnya.

Dapat MC dalam 2 minggu, tapi sakit nak baik tu memang la terasa sgt, lg pun tempat operate kat bahagian sendi / otot yang memang akan terkesan bila aku bergerak. Kena berpantang makan minum gak le... terima kasih kepada bini ku yang sgt ambil berat...dan mak mertua aku yang bersusah payah menyediakan makan aku dlm 'pantang' tu, dan semua yang terlibat. Terima kasih buat semua..

Dalam tak berapa nak sembuh ni..bini aku pun dah sarat nak bersalin... InsyAllah dalam minggu ni la gamaknya. Itu hari check dh terbuka sikit...mungkin 2 -3 hari lagi. Kesian bini aku, semoga dipercepatkan proses tu, dipermudahkan nanti...dikurangkan rasa sakit tu. Abang akan sentiasa menemanimu sayang... Kita doakan semuanya akan selamat...

Dah lewat malam..rasa mengantuk makin menebal...masa untuk tidur..esok kerja..esok Jumaat. Penghulu segala hari...kalau nak bersalin esok pun takpe yang... apa pun tidur dulu.



Bolasepak - Real Madrid tersingkir dr persaingan ke suku akhir. Tinggal Chelsea je team feveret aku yg tinggal...

F1 - Weekend ni bermulanya sejarah baru permotoran negara, team Lotus F1 Racing kini bersaing di grid permulaan membawa nama Malaysia... Malaysia...boleh ke! Jangan corot dah le ye..

Badminton - Chong Wei mara ke suku akhir..."aku tunggu kau di final.." katanya kepada Lin Dan. Chong Wei boleh!!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker